Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang
tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan
kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah
instinct.
Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad
perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah,
maka
tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak
kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya.
Peraturan inilah yang kerap
dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu
menjalin hubungan cinta.
Di sinilah selalunya remaja
terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt.
Ketika itulah FITRAH telah
menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut
peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan
kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan
cinta?
Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia
hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan
keinginan fitrah semulajadinya.
Keinginan tanpa peraturan
akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan
membawa banyak implikasi negatif
dalam
kehidupan.
Pengalaman sudah pun mengajar
kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar
diri.
Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan
cinta yg membelakangkan Tuhan!
Hubungan cinta jangan
dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.
Lebih
banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan
berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai
janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai
dan melenakan.
Seteguk kita minum dari kendi cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika
itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga
seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang
icintainya.
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali
apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik
dengan cinta yang dikurniakaNya.
Bagaimanakah pula
perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang
diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?
Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan
cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan
antaranya.
Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.
Tangan
kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan
perempauan yang bukan muhrim.
Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan
adalah pihak ketiga.
Lebih dari itu pun banyak
berlaku.
Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta.
Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai
baja.
Akhirnya pohon cinta terlarang pun
berbuah.
Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang
muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.
Ketika itu
indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan
lampu isyarat di atas jalan raya.
Kereta diciptakan dengan
kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak,
dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta,
ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan
kawalan.
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan
cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta
ALLAH.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya
semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah
itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH
swt.
Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu
dapat memudahkan kita mencintai
ALLAH.
Sehubungandengan itu, cinta antara lelaki dan
perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.
Soalnya
bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin
kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan
menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah
saw,
>>>"Apabila seseorang itu berkahwin,
sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya"
.
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana
ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh
dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan
segala hukum dan perintah ALLAH swt.
Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta
hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di
samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH
SWT.
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk
bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta
sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang
jahat
dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu
atau bujukan syaitan.
Jika tidak ada niat untuk
berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah
cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau
kedua-duanya sekali.
Cinta jenis ini seburuk namanya
>>>-
Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin
hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang
dilanggar.
Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada
pendedahan aurat,
tidak ada pengabaian perkara asas
seperti meninggalkansembahyang, puasa dan
lain-lain.
Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam
perkara yang melalaikan dan merugikan.
Maka, remaja tidak
seharusnya mengeluh,
" Cinta apa namanya ini jika tiada
dating, tiada perbualan telefon
tiada sentuhan tangan,
tanpa kerlingan dan senyuman?
Yakinlah, tidak ada keindahan
dengan melanggar peraturan Tuhan.
Putus cinta dan kecewa
bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan
racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal
disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh
perkahwinan.
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap
hambaNYA.
Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan
cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan
seribu keindahannya.
Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya,
cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri
yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan
cinta!
Ketika itulah FITRAH akan menjadi
ANUGERAH!
Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama
yang ada dalam diriku..
Kerana aku akan mendidik bakal-bakal
zuriatmu kelak..
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang
ALLAH anugerahkan ini.
Kecantikan luaran ini ada pada setiap
wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..
Supaya keredhaan ALLAH
selalu bersamaku walaupun aku terluka..
p/s: Andai engkau
bakal menjadi imam pada solat malamku..
Bimbinglah aku
menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa
cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH
terhadapmu.. :)
DARI--> SUMBER2....
LIKE AND KOMEN OK